Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak Rusia berkata bahawa kedutaan mereka si Syria telah terkena peluru mortar sebanyak dua kali.
Kementerian Luar Rusia berkata di dalam sebuah kenyataan yang dibuat pada hari Rabu bahawa perkarangan dalam kompleks kedutaan mereka telah dibom dengan sebiji peluru mortar pada petang hari itu.
Sebiji lagi jatuh berhampiran pejabat misi diplomatik negara itu yang berada di dalam kompleks yang sama.
Moscow mengecam serangan itu dan meletakkan kesalahan kepada pihak radikal.
Kementerian Luar Rusia juga berkata bahawa serangan itu adalah sebuah provokasi yang bertujuan untuk mengagalkan proses perdamaian di negara itu.
Kedutaan Rusia sudah berkali-kali menjadi sasaran pengganas sepanjang konflik di Syria tercetus.
28 Disember 2016 - 17:19
News ID: 801362
Pihak Rusia berkata bahawa kedutaan mereka si Syria telah terkena peluru mortar sebanyak dua kali.